Friday, May 9, 2014

We are wearing the same shoes buddy!

This is for you.

' Don't think about one thing too much until it makes you stress. Moreover,the problem is not about you. '

I had been in your shoes, where our responsibility as a friend tested. We afraid that they will think we are so busybody about her, we afraid that they will not listen to our advice, and the most awful thing is our friendship will end for only that reason. (Sorry for not specifying the reason)

Let me give you some advice. Try to talk slowly with your friend. Give your best advice that might not hurt her. The best way is by changing her believe on that particular thing. If after that, your friend is still doing the same thing, means your advice does not affect her a bit, just let it be. You've done your responsibility. It's all  up to your friend.

Never expect much. You're not the one who will change your friend's attitude or behaviour. It's their choice. We, as a friend, as a good friend, must pray for their changes for a better one.

I, me, myself is still in learning process. I admit that there are so many things that I must learn and explore. Please and please guide me.

Regards,
E.

Monday, April 28, 2014

Sebarkan Dakwahmu



Sharing is caring.

Dakwah itu satu tanggungjawab. Wajib untuk semua umat Islam melakukannya. Dakwah bermaksud menyebarkan syiar Islam.

Bagaimana nak sebarkan dakwah?

Berbagai-bagai cara boleh dilakukan oleh orang itu sendiri. Lagi-lagi pada zaman teknologi moden seperti sekarang. Kita boleh sebarkan melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.

Apabila kita ternampak rakan kita melakukan maksiat/dosa, apa yang perlu kita buat?
Kat sini ada tiga cara yang boleh dilakukan. Umum dah ketahui cara ni kot.

Yang pertama, dengan kuasa yang ada pada kita.
Yang kedua, secara lisan iaitu nasihat menasihati.
Yang ketiga, iaitu selemah-lemah iman dengan hati. Benci perbuatan yang dilakukannya, bukan orang yang melakukannya.

'Kenapa kau tak tegur aku dulu ketika aku buat dosa'
'Kenapa kau kata aku cantik sedangkan kau tahu aku tidak menutup aurat'
'Kenapa? Kenapa? Kenapa?'

Akan ada satu golongan yang akan mencari kita di padang masyhar kelak kerana mempersoalkan kepada kita kenapa kita tidak menegur mereka semasa dunia. Lagi-lagi ahli keluarga kita sendiri dan rakan rapat kita.

Berdakwah dalam keluarga itu bukanlah mudah kerana kita akan hadapi mereka dan ego mereka masing-masing. Sebagai contoh, kita ingin menegur kakak/abang kita. Mereka pasti berfikir kita ini tidak layak untuk menegur mereka. Kita ini jangan jadi sok suci sangat depan mereka. Bagaimana nak berdakwah kalau begitu? Bagaimana dengan ibu bapa kita pula?


Tak semua keluarga datang dari golongan yang mempraktikkan Islam itu sendiri dalam keluarga mereka. Jadi, untuk mengubah mereka ini, kita perlu mengubah cara hidup kita. Ingat, bukan ubah diri kita.

Jika tidak mampu dengan mulut, kita boleh tunjuk dengan ibadah yang kita lakukan kepada mereka. Contohnya, kita bangun pagi untuk qiamulail, memperkuatkan suara ketika membaca Al-Quran. Mana tahu dengan cara ini mereka tergerak hati untuk berubah.

Insha Allah. Asalkan kita semua ada usaha. Yang lain kita serahkan dan tawakal kepada Allah.

Jannah itu kita tidak pasti untuk memilikinya. Tetapi jika kita dapat masuk ke sana, pasti kita mahu orang yang kita sayang berdamping dengan kita juga.

Wallahualam.

Friday, April 25, 2014

Dewasa

Aku mula menaip di Blogger ini sejak aku Form 2 lagi. Ini semua gara gara ikutan member kelas. Dulu aku selalu share tentang perkara yang aku buat kat sekolah, minat aku kat kepochi dan luahan hati aku jika ada ketidakpuashatian dengan member.

Yepp, i'm so immature at that time.

Tapi itu sebenarnya realiti yang dilalui oleh setiap remaja. Ye dak? Mostly girls around my age at that time love to those things. Entahlah, mungkin memang trend macam tu.

Bila dah melangkau fasa dewasa ni, rasa macam malu pulak dengan diri sendiri. Entah apa-apa la yang aku post dulu. Bila baca balik, rasa macam nak penampar laju-laju diri sendiri. Why la you create such a post like this?

Oleh sebab alasan tertentu, aku telah sebulat suara dengan diri sendiri untuk memadam semua post-post aku sebelum ni. Takdelah sebab malu dengan post sendiri tu. Tapi adalah sebab yang tidak perlu diberitahu.

Insha Allah jika diberi peluang lagi, aku akan keep on update my blog. I will make my blog something that is beneficial to myself, to you and also my religions :)

Assalamualaikum,
Erliza.

Sunday, December 29, 2013

Twenty Fourteen

2013 bakal menemui penamatnya pada esok hari. Kita bakal menukar kalendar baru dan buka lembaran baru. Setiap tahun ada saja memori yang tercipta, manis mahupun pahit. Memori-memori itu menjadikan kita pada hari ini.

Begitu banyak memori 2013 yang aku tak dapat nak lupakan. Bayangkan dalam masa satu tahun ni, kau dah tamatkan pengajian di matrikulasi dan terus mengambil ijazah. Itu kelebihan budak 'fast track'. Aku pun macam tak percaya, impian aku masa sekolah menengah dulu nak masuk universiti tercapai. Tambahan pula aku dapat kursus dan juga universiti yang aku idamkan.

Memori yang paling aku tak dapat lupakan sehingga kini adalah ketika aku berada di matrikulasi. Siapa yang tak rindu matrik tu, tipu la kan. Matrikulasilah yang mengajar aku erti persahabatan dan kekeluargaan. Aku bukanlah kawan yang hebat, tetapi aku berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada mereka.

Kenangan pahit di matrik terus segar bugar di dalam ingatanku sehingga kini. Tak mahulah diungkit kembali. Cuma kenangan tu membuatkan aku kenal siapa diri aku sebenarnya. Dari situ, aku belajar untuk memperbaiki diri aku. Jadi, kita janganlah benci kepada kenangan pahit, malah kita patut ambil iktibar untuk kebaikan diri kita pada masa akan datang.

Cukup pasal matrik. Nanti kalau cerita, seminggu jugak ambil masa nak post :) Yang pasti, aku rindu sangat kat mereka. Moga dapat jumpa masa inter-sem break nanti.

2014 akan datang ni, insha Allah kita sama sama berusaha dan berazam untuk menjadi lebih baik. Yang dalam progress tu, tetapkan iman dan keep istiqamah. Semoga kita terlindung dan terpelihara daripada melakukan perkara yang Allah mungkar di samping kita sama-sama mencari barakah di dunia ni.

" It's not hard to change yourselves, it also not as easy as you think. Once you open your heart to it, Allah will show you the way. Big sacrifice should be done. Always put your du'a to Him. Never ever give up to seek His blessings. "

Assalamualaikum :) #pray4syria #lillahitaala

Wednesday, December 18, 2013

Great people

Had been living here for about four months. Almost to the end of the semester. Time flies as fast as the lightning. New experience gained. But my confidence level is still the same. Worrying about it so much as it may affect me someday.

Met with bunch of great people here. Different people, different charms. Jaw dropping. What I envy the most is their confidence level. Again I talk about confidence. You know that feeling when someone talk in front of you, give a speech or briefing confidently without any mistakes? I mean, the way they put their ideas in words neatly. Wow. I admired someone who has this characteristic. She inspired me a lot.

Nevertheless, great people with great brain. The moment I found that my own coursemate is a genius guy, I totally impressed and amazed with him. Allah's gift that is undeniable. Also my admiration towards those who are balance in their both studies and universities activities. Daebak!

Having these great people around me sometimes made me insecure but I always take it in a positive way. Insha Allah, by having them, I will worked hard to build my confidence level and also to sharpen my soft skills.

Lillahi Taala.

Assalamualaikum :)

Monday, October 7, 2013

Permulaan

Sebaik saja melangkahkan kaki di sini, aku terpinga-pinga mencari solusi atas keputusan aku. Layakkah aku berada di sini? Layakkah aku mengambil course ini? Bagaimana masa depan aku nanti? Berbagai-bagai soalan yang muncul dalam benak fikiranku tanpa jawapan. Huish seperti bertanya kepada batu yang sudah tentu tiada jawapannya.

Hanya pada hari pertama saja aku mengalirkan air mata. Mungkin terasa kesunyiaan apabila tiada kawan dan juga roomate ketika itu. Hari demi hari aku semakin gembira dan cuba berusaha mencari solusi itu. Teman-teman di sini alhamdulillah semuanya baik. Datang dari seluruh pelusuk negara membuatkan kami benar-benar satu Malaysia.

Loghat bahasa Kelantan sangat susah untuk difahami. Pabila mereka berjumpa dengan 'geng' mereka, laju sungguh kata-kata dilontarkan sehingga membuat aku dalam keadaan 'blur'. Empat tahun di sini mungkin aku dapat belajar dari mereka. Mungkin ya mungkin tidak.

Aku cuba dan terus cuba untuk mencapai matlamat aku untuk berada di sini selamat empat tahun dan terus menimba pengalaman yang mungkin manis dan mungkin juga pahit. Semoga perjalanan hidupku diredhai oleh-Nya.

Merindui keluargaku - E