Sharing is caring.
Dakwah itu satu tanggungjawab. Wajib untuk semua umat Islam melakukannya. Dakwah bermaksud menyebarkan syiar Islam.
Bagaimana nak sebarkan dakwah?
Berbagai-bagai cara boleh dilakukan oleh orang itu sendiri. Lagi-lagi pada zaman teknologi moden seperti sekarang. Kita boleh sebarkan melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan lain-lain.
Apabila kita ternampak rakan kita melakukan maksiat/dosa, apa yang perlu kita buat?
Kat sini ada tiga cara yang boleh dilakukan. Umum dah ketahui cara ni kot.
Yang pertama, dengan kuasa yang ada pada kita.
Yang kedua, secara lisan iaitu nasihat menasihati.
Yang ketiga, iaitu selemah-lemah iman dengan hati. Benci perbuatan yang dilakukannya, bukan orang yang melakukannya.
'Kenapa kau tak tegur aku dulu ketika aku buat dosa'
'Kenapa kau kata aku cantik sedangkan kau tahu aku tidak menutup aurat'
'Kenapa? Kenapa? Kenapa?'
Akan ada satu golongan yang akan mencari kita di padang masyhar kelak kerana mempersoalkan kepada kita kenapa kita tidak menegur mereka semasa dunia. Lagi-lagi ahli keluarga kita sendiri dan rakan rapat kita.
Berdakwah dalam keluarga itu bukanlah mudah kerana kita akan hadapi mereka dan ego mereka masing-masing. Sebagai contoh, kita ingin menegur kakak/abang kita. Mereka pasti berfikir kita ini tidak layak untuk menegur mereka. Kita ini jangan jadi sok suci sangat depan mereka. Bagaimana nak berdakwah kalau begitu? Bagaimana dengan ibu bapa kita pula?
Tak semua keluarga datang dari golongan yang mempraktikkan Islam itu sendiri dalam keluarga mereka. Jadi, untuk mengubah mereka ini, kita perlu mengubah cara hidup kita. Ingat, bukan ubah diri kita.
Jika tidak mampu dengan mulut, kita boleh tunjuk dengan ibadah yang kita lakukan kepada mereka. Contohnya, kita bangun pagi untuk qiamulail, memperkuatkan suara ketika membaca Al-Quran. Mana tahu dengan cara ini mereka tergerak hati untuk berubah.
Insha Allah. Asalkan kita semua ada usaha. Yang lain kita serahkan dan tawakal kepada Allah.
Jannah itu kita tidak pasti untuk memilikinya. Tetapi jika kita dapat masuk ke sana, pasti kita mahu orang yang kita sayang berdamping dengan kita juga.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment