Begitu banyak memori 2013 yang aku tak dapat nak lupakan. Bayangkan dalam masa satu tahun ni, kau dah tamatkan pengajian di matrikulasi dan terus mengambil ijazah. Itu kelebihan budak 'fast track'. Aku pun macam tak percaya, impian aku masa sekolah menengah dulu nak masuk universiti tercapai. Tambahan pula aku dapat kursus dan juga universiti yang aku idamkan.
Memori yang paling aku tak dapat lupakan sehingga kini adalah ketika aku berada di matrikulasi. Siapa yang tak rindu matrik tu, tipu la kan. Matrikulasilah yang mengajar aku erti persahabatan dan kekeluargaan. Aku bukanlah kawan yang hebat, tetapi aku berusaha untuk menjadi yang terbaik kepada mereka.
Kenangan pahit di matrik terus segar bugar di dalam ingatanku sehingga kini. Tak mahulah diungkit kembali. Cuma kenangan tu membuatkan aku kenal siapa diri aku sebenarnya. Dari situ, aku belajar untuk memperbaiki diri aku. Jadi, kita janganlah benci kepada kenangan pahit, malah kita patut ambil iktibar untuk kebaikan diri kita pada masa akan datang.
Cukup pasal matrik. Nanti kalau cerita, seminggu jugak ambil masa nak post :) Yang pasti, aku rindu sangat kat mereka. Moga dapat jumpa masa inter-sem break nanti.
2014 akan datang ni, insha Allah kita sama sama berusaha dan berazam untuk menjadi lebih baik. Yang dalam progress tu, tetapkan iman dan keep istiqamah. Semoga kita terlindung dan terpelihara daripada melakukan perkara yang Allah mungkar di samping kita sama-sama mencari barakah di dunia ni.
" It's not hard to change yourselves, it also not as easy as you think. Once you open your heart to it, Allah will show you the way. Big sacrifice should be done. Always put your du'a to Him. Never ever give up to seek His blessings. "
Assalamualaikum :) #pray4syria #lillahitaala
No comments:
Post a Comment